SEJARAH

Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau, Dungun telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan dirasmikan oleh YAB Dato' Hussin bin Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada tahun 1974 dengan keluasan 5.95 hektar. Lokasi sekolah tersebut terletak di Felda Jerangau, Dungun.
 

Kadar pertumbuhan penduduk berlaku dengan pesat sehingga 80'an. Keramaian murid juga telah meningkat kepada 1054 pada tahun 1984.
 

Sebelum tahun 1990, sekolah ini di bawah pentadbiran PPD Hulu Terengganu. Semasa pilihanraya 1990 pembahagian kawasan pengundian telah dibuat semula dan sekolah ini telah berpindah jajahan iaitu dibawah jajahan Dungun. Maka sekolah ini turut juga berubah pentadbirannya kepada PPD Dungun.
 

Mengikut bancian terakhir pada tahun 1993, Felda Jerangau mempunyai 780 keluarga. Walaupun bagaimana ia berkembang sehingga 857 orang pada tahun 1994.

No comments:

Post a Comment